Sunday, December 5, 2010

hormatilah ibu bapa....!!!

Adab kepada ibu bapa

ADAB TERHADAP IBU BAPA
OBJEKTIF PELAJARAN
  • Menyatakan konsep keibubapaan.
  • Menerangkan sebab-sebab anak wajib berbakti kepada ibu bapa.
  • Menjelaskan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.
  • Menyenaraikan adab terhadap ibu bapa.
  • Menghuraikan cara berbakti kepada ibu bapa.
  • Menghuraikan kesan baik berbakti kepada ibu bapa.
  • Menerangkan akibat yang diterima oleh anak derhaka.
  • Merumuskan hasil tamadun yang terdapat dalam pelajaran ini.
KONSEP KEIBUBAPAAN
  • Ibubapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak
  • Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak dari kecil hingga dewasa
  • Pengorbanan ibu bapa amat besar sebab itu setiap anak wajib taat dan berbakti kepada mereka
SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
  • Amalan tersebut adalah tuntutan agama.
  • Untuk membalas jasa baik mereka .
  • Supaya anak-anak kita nanti akan berbakti kepada kita.
  • Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan.



TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
  • Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.
  • Merendah diri dan menghormati mereka.
  • Berbakti kepada mereka bila-bila masa.
  • Berdoa dan memohon ampun kepada mereka.
  • Berbuat baik kepada rakan mereka.
ADAB PERCAKAPAN DENGAN IBU BAPA
  • Bercakap dengan suara yang lemah lembut .
  • Tidak meninggikan suara.
  • Tidak membantah dan melawan.
  • Memandang tepat ke arah muka ketika bercakap.
  • Menggunkan perkataan yang baik dan tidak menyinggung perasaan mereka.
  • Tidak berbohong ketika bercakap.
ADAB PERGAULAN DENGAN IBU BAPA
  • Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka.
  • Memberi hormat semasa bertemu dengan mereka.
  • Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur.
  • Tidak mendahului mereka ketika menjamah makanan.
  • Jangan melunjur kaki ke arah mereka ketika duduk.
CARA BERBAKTI SEMASA IBU BAPA MASIH HIDUP
  • Memberi layanan yang baik.
  • Merawat ketika mereka sakit.
  • Memberi bantuan kewangan.
  • Menziarahi mereka jika tinggal berjauhan.
  • Sentiasa mengasihi mereka.
  • Menjaga keperluan mereka supaya dapat merasai aman dan bahagia.
  • Sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan mereka.


CARA BERBAKTI SETELAH IBU BAPA MENINGGAL DUNIA
  • Sentiasa memohon keampunan untuk mereka.
  • Menjelaskan segala hutang mereka.
  • Memuliakan dan berbuat baik dengan teman karib mereka.
  • Menyempurnakan segala janji yang telah dibuat mereka.
  • Mengerjkan haji buat mereka yang belum sempat mengerjakannya.
KESAN BERBUAT BAIK TERHADAP IBU BAPA
  • Akan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat.
  • Dipermudahkan segala urusan oleh Allah.
  • Mendapat ganjaran pahala.
  • Disayangi oleh keluarga.
  • Hidup mendapat keberkatan.
  • Melahirkan individu yang mentaati perintah Allah.
AKIBAT MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA
  • Akan mendapat balasan azab neraka.
  • Segala amal kebajikan menjadi sia-sia.
  • Dibenci dan dipandang hina oleh orang ramai.
  • Allah menyegerakan balasan di dunia di samping mendapat balasan azab di akhirat.
  • Sering mendapat kepayahan dan kesusahan dalam hidup.
  • Jauh dari berkat dan rahmat Allah.
    Meruntuhkan institusi kekeluargaan.


Tuesday, November 30, 2010

adab berwuduk

ADAB-ADAB BERWUDUK 
1-Niat yang ikhlas.
 

2-Membaca basmalah.
 Daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak sempurna wuduk (seseorang itu) bagi sesiapa yang tidak menyebut nama Allah.”

3-Tenang hatinya.
4-Sentiasa dalam keadaan berwuduk. 

5-Tidak membazir.

Daripada saidatina aisyah r.a. berkata: “Adalah rasululullah s.a.w berwuduk dengan menggunakan secupak air.”

6-Menggunakan kayu sugi.
Sabda Rasululullah s.a.w: “Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi setiap kali berwuduk.”

7-Menjauhi berkata-kata.

8-Menyempurnakan wuduk.

9-Memulakan yang sebelah kanan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila kamu berwuduk maka mulakanlah dengan sebelah kanan kamu.”

10-Mengikut Sunnah ketika berwuduk.

11-Menjirus sebanyak tiga kali bagi setiap anggota wuduk.

12-Membasuh dua belah tangan sebelum berwuduk.

13-Menyampaikan air ke celah-celah jari kaki dan tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu selat akan jari-jari tanganmu dan kakimu.”

14-Berdoa ketika berwuduk.

15-Berdoa selepas berwuduk.

16-Menunaikan sembahyang dua rakaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...